Informasi
Makanan yang patut dan tidak patut dimakan ketika perut kosong
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Ketika perut kosong pada waktu pagi, perkara pertama yang sebaiknya dilakukan adalah mengisi perut anda dengan makanan. Oleh sebab itu, sarapan merupakan waktu makan yang paling penting kerana bukan sahaja dapat membekalkan tenaga tetapi mampu mempengaruhi mood seseorang sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang TIDAK DISARANKAN diambil ketika perut kosong.
#1. Makanan pastri
Sumber: blog.lezatacademy.com
Makanan pastri yang mengandungi ragi seperti shortcrust dan puff pastry adalah makanan yang akan mengiritasikan perut sekali gus menyebabkan perut kembung.
#2. Makanan manis
Makanan manis mengandungi gula yang akan meningkatkan kadar insulin di dalam badan. Hal ini secara langsung akan meningkatkan beban pada pankreas yang baru “mula bekerja” pada waktu pagi dan menyebabkan diabetes.
#3. Yogurt dan produk tenusu yang diperam
Sumber: www.thefitindian.com
Pengambilan yogurt dan produk tenusu fermetasi ketika perut kosong akan menyebabkan asid hidroklorik membunuh bakteria di dalam asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru, pengambilan makanan ini ketika sarapan hanya akan memberikan sedikit manfaat kepada tubuh badan anda.
#4. Buah pir
Sumber: cdn.klimg.com
Serat gentian kasar yang terkandung di dalam buah pir akan menyebabkan kecederaan pada selaput perut yang kosong. Jadi, pengambilan buah pir pada waktu pagi adalah tidak digalakkan.
#5. Tomato
Sumber: bonnieplants.com
Tomato mengandungi kandungan asid tannic yang tinggi dan menyebabkan perut menjadi berasid. Kandungan asid di dalam perut boleh menyebabkan terjadinya gastrik.
#6. Timun dan sayuran hijau
Sumber: www.grit.com
Sayur-sayuran adalah kaya dengan asid amino. Namun, ia mampu mengakibatkan pedih hati, kembung perut serta menyebabkan anda sakit perut sekiranya diambil ketika perut kosong.
#7. Pisang
Sumber: cdn.authoritynutrition.com
Pisang merupakan buah yang enak dimakan secara mentah atau dimasak sebagai pencuci mulut dan dijadikan minuman susu kocak. Tetapi jika diambil ketika perut kosong, kandungan magnesium di dalam darah akan meningkat dan boleh membahayakan jantung.
#8. Rempah ratus
Makanan pedas akan merosakkan dan menyebabkan iritasi di samping meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Hal ini akan menganggu sistem penghadaman anda.
#9. Minuman bergas
Sumber: cdn.authoritynutrition.com
Pengambilan minuman ringan ketika perut kosong akan menyebabkan kerosakan pada selaput lendir dan mengurangkan bekalan darah ke perut. Kesannya, proses pencernaan makanan akan terganggu dan menjadi lambat.
#10. Jeruk
Tinggi dengan kandungan asid, jeruk akan menyebabkan pedih hati dan meningkatkan risiko gastrik.
Makanan yang DISARANKAN diambil ketika perut kosong
#1. Bijiran oat
Sumber: st1.thehealthsite.com
Oat berfungsi dalam melindungi lapisan perut dan menghalang asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Selain itu, oat mengandungi serat mudah larut yang akan menurunkan kadar kolesterol di dalam badan.
#2. Gandum hitam atau buckwheat
Sumber: www.buck-wheat.com
Buckwheat merupakan bahan makanan yang kaya dengan sumber protein, zat besi dan vitamin dan boleh merangsang sistem pencernaan.
#3. Bubur jagung
Sumber: cdn2.momjunction.com
Jagung adalah makanan baik yang membantu membuang toksik daripada sistem badan, membaikpulih dan menormalkan usus mikroflora serta membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
#4. Wheat germ
Hanya dengan 2 sudu wheat germ akan membekalkan anda dengan 15% vitamin E dan 10% asid folik. Ia juga membantu kelancaran sistem pencernaan tubuh anda.
#5. Telur
Kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan telur pada waktu pagi boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori secara signifikan.
#6. Tembikai
Pengambilan tembikai semasa sarapan membekalkan anda dengan jumlah cecair yang banyak. Tambahan pula, mengandungi kadar likopen (lycopene) yang tinggi, tembikai adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan mata dan hati.
#7. Beri biru
Sumber: www.blueberrycouncil.org
Kajian menunjukkan pengambilan buah beri biru secara harian akan membantu meningkatkan ingatan, mengawal tekanan darah dan juga kadar metabolisme di dalam badan. Justeru, pengambilan beri biru ketika perut kosong adalah amat digalakkan.
#8. Roti gandum penuh tanpa ragi
Sumber: 2.bp.blogspot.com
Karbohidrat dan pelbagai lagi nutrien yang terkandung di dalam roti adalah amat diperlukan oleh tubuh manusia. Waktu yang paling baik untuk mengambil roti adalah sebagai sarapan di waktu pagi.
#9. Kekacang
Sumber: www.nuhababy.com
Sekiranya diambil ketika perut kosong, kekacang berupaya meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan menormalkan kadar pH di dalam perut.
#10. Madu
Madu membantu memberikan tenaga pada waktu pagi selain menggalakkan aktiviti otak dan meningkatkan hormon serotonin yang akan membuatkan anda berada di dalam mood yang baik.
Sumber : Era Baru