Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
KUALA LUMPUR – Majikan dilarang untuk menamatkan perkhidmatan pekerja secara tiba-tiba dan jika gagal mematuhi peraturan tersebut, majikan boleh didenda sehingga RM10,000.
Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) menyebut bahawa mana-mana pekerja yang diberhentikan oleh majikan dibenarkan untuk menuntut hak-hak tertentu.
Tindakan majikan yang sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja jelas sekali telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, setiap pekerja mendapat perlindungan asas daripada dibuang kerja secara tiba-tiba. Antara perlindungan asas yang diberikan adalah seperti tempoh notis dan bayaran gaji.
Kredit: ismaweb.net
“Majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja”.
“Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980,” jelas beliau lagi.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan oleh Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai kebimbangan terdapat banyak kes pemberhentian pekerja oleh majikan sejak kebelakangan ini.
Di samping itu juga, majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan kekosongan pekerjaan itu dengan mengupah pekerja asing.
“Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing”.
Kredit: digitalnewsasia
Menurut beliau, jika majikan harus memberhentikan pekerja, majikan perlu berhentikan pekerja asing terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pihak majikan disabitkan denda tidak melebihi RM10,000.
Berikutan itu, pekerja yang diberhentikan oleh majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Kredit : Era Baru