Kisah Hidup
(4GAMBAR) Anak kucing ini ditemukan seorang wanita dalam keadaan berlumuran petrol, rupa-rupanya mereka punya kisah silam yang sama, anda pasti tersentuh mengetahui kisah hidup mereka!
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Adakalanya jodoh pertemuan itu datang tanpa dirancang. Sama seperti pertemuan antara Moonglade Rose dan seekor kucing yang ditemuinya di sebuah stesen minyak suatu ketika dahulu.
Kucing terbiar itu ditemuinya dalam keadaan berlumuran dengan petrol. Ada juga kepingan kaca serta bahan kimia lain pada tubuhnya membuatkan kucing itu mengalami kesukaran untuk bernafas. Si comel yang berusia kira-kira 6 minggu itu benar-benar dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan. Rose akhirnya memutuskan untuk mengambil anak kucing itu untuk dijaga dan dirawat.
Sebenarnya mereka mempunyai persamaan yang mungkin ramai tidak tahu…
Sama seperti anak kucing itu, Rose juga dilahirkan di Louisiana dan ditinggalkan oleh ibunya di sebuah tempat letak kereta tidak jauh daripada stesen minyak tempat dia menjumpai anak kucing itu. Melihat keadaan anak kucing itu Rose merasakan mereka berdua adalah sama. Sama-sama diabaikan oleh ibu mereka. Jadi dia mengambil anak kucing itu untuk menyelamatkannya dan dia tahu kehadiran anak kucing itu dapat menghilangkan rasa sunyinya.
Rose kemudian menamakannya Andy. Pada dua malam pertama Andy di rumah Rose, ia seperti tidak mahu ditinggalkan bersendirian. Jadi selama dua malam itu jugalah Rose menemani Andy tidur dengan membiarkan si comel itu tidur di lengannya.
Pada mulanya, Andy tidak begitu berminat dengan ‘kakak’ barunya yang baru. Tetapi selepas beberapa ketika mereka mula membiasakan diri untuk tinggal bersama-sama.
Kini sudah kira-kira setahun selepas Rose menyelamatkan Andy. Andy telah membesar dengan sihat dan penuh dengan keceriaan. Menurut Rose lagi, dia kini seolah-olah tidak boleh tidur tanpa Andy di sisinya. Dahulu dia rasa keseorangan tetapi kini tidak lagi.
Foto kredit: LoveMeow
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Kredit : Era Baru