Kisah Hidup
(23GAMBAR) Dahulunya tempat letak kereta, lihat bagaimana si ayah mengubah suai ruangan itu menjadi bilik anak, anda pasti kagum!
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
agi yang mengimpikan keluarga yang besar pasti akan melakukan apa sahaja asalkan seisi keluarga gembira dan selesa serta mendapatkan ruangan yang terbaik untuk mereka membesar.
Seperti pasangan suami isteri ini mereka dikhabarkan akan menerima kehadiran ahli baru apabila anak keempat mereka dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi. Jadi, mereka sedar bahawa mereka perlukan ruang buat anak-anak mereka membesar dengan baik.
Memandangkan rumah mereka yang agak sempit mereka akhirnya berjaya muncul dengan idea yang bernas untuk menambah ruangan di dalam rumah. Si suami, Brazedowl yang sememangnya mahir dalam kerja-kerja megubah suai ruangan akhirnya memilih tempat letak kereta untuk dijadikan bilik buat tiga orang anak mereka.
Hanya beberapa minggu selepas bayi mereka dilahirkan, Brazedowl telah siap dengan ruangan baru tersebut. Percaya atau tidak, dalam masa 45 hari sahaja dia berjaya melakukan sebuah transformasi yang sangat mengagumkan!
Inilah tempat letak kereta yang akan mengalami transformasi menjadi sebuah bilik tambahan
Sebelum menaikkan dinding, Brazedowl terpaksa menggali lubang bagi mendirikan dinding
Setelah itu, dia memenuhkan lubang tersebut dengan blok cinder dan simen yang digunakan sebagai sauh dinding
Selepas mengeluarkan dinding belakang, dia mula memasang papan lejer dan plat siling
Dalam masa hanya enam hari, rangka dinding telah siap dibina
Kemudian tiba masanya untuk menambah pelapis dinding dan tingkap
Selepas itu, dia mula memasukkan teras pada lantai untuk membina bilik mandi
Ke mana pula pintunya?
Jangan risau dia tidak lupa dengan pintu bilik itu!
Sebelum lantai bilik mandi boleh ditutup, semua paip perlu dipasang dan diperiksa mengikut piawaian yang selamat
Seterusnya ialah dengan melakukan pendawaian bilik dan pemasangan kabel elektrik
Kini tiba masanya untuk menjadikan lantai lebih selesa dan sesuai dengan kanak-kanak
Brazedowl juga membuat penambahan pada dinding luar supaya bilik tidur baru kelihatan lebih menarik dari luar
Selepas itu dia menampal dinding cepat kering serta membuat pancuran mandian untuk bilik mandi
Mereka juga menggunakan panel kayu sebagai dinding
Kemudian tiba masanya untuk mengecat!
Setelah cat kering, kini tiba masanya untuk memasang kipas siling untuk memastikan anak-anak tetap nyaman pada musim panas
Lihatlah lantai kayu yang sempurna ini!
Dan sentuhan akhir dilakukan termasuk satu set langkah untuk memudahkan anak-anak masuk dan keluar dari bilik itu melalui luar tanpa perlu mereka masuk ke dalam rumah
Kredit gambar: Imgur / Brazedowl
Sumber : Era Baru