Berita
Bajet 2018: Kutipan Tol Batu Tiga & Tiga Lagi Plaza Tol Dimansuhkan
Untuk Info Penuh Klik Pada Iklan Ini
Perkara terbabit diumumkan Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan pengurangan kadar cukai individu antara 3 hingga 14 peratus yang bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000.
Ia juga menyaksikan lebih 261,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Pembentangan Bajet 2018 itu dilihat bertujuan mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup.
Disifatkan ibu segala bajet, ia antara lain mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana ekonomi serta mempersiapsiaga rakyat dengan revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Baca teks ucapan penuh Bajet 2018 di sini.
Sumber: Astro Awani
Foto: Bernama